Minggu, 10 April 2011

Pintu Syurga Dibuka Ketika ramadhan

Assalamu alaikum warahmatullah wabarokatuh
in Bukhari, Muslim
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelebihan bulan Ramadhan ialah meluasnya rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan pada masa yang sama Allah SWT menutup pintu neraka dan merantai segala syaitan yang berkeliaran. Umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengamalkan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarangnya serta tidak berpuasa melainkan kerana iman dan tidak karna riya’ (agar dilihat orang), semua (agar didengar orang), ikut-ikutan, maka baginya keuntungan dan pahala yang berlipat ganda banyaknya bahkan syaitan sedikitpun tidak diberi kesempatan untuk menggoda atau menghasut mereka. Bagi orang yang berpuasa tetapi masih bergelimang dengan dosa bermakna bahwa puasanya sama sekali tidak bermanfaat baginya. Yang diperolehinya hanyalah lapar dan dahaga dan Allah SWT tidak akan menerima amalannya. Dia lebih mengutamakan nafsunya. Demikianlah dia masih melakukan kemungkaran walaupun tidak digoda syaitan.

Sampaikan Walaupun Sepotong Ayat

Tidak ada komentar:

Posting Komentar